Powered by Blogger.

KONFLIK MEMUNCAK !! , Ismail Sabri Arahkan MARA Hentikan Penajaan Pelajar Ke Universiti Taylor's !! Taylors Universiti takda "CABEL BESAR" ka nak lawan menteri ni???




#%@!KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub didakwa mendesak pihak Mara mengambil tindakan tegas terhadap Universiti Taylor di atas tindakan pihak universiti swasta itu yang menamatkan kontrak pengusaha bas yang terlibat dalam Himpunan Rakyat, Rabu lalu.


Gambar kenyataan Ismail yang diperoleh dari aplikasi WhatsApp itu tersebar meluas di laman sosial dan ramai yang memuji tindakan beliau.





"Saya dimaklumkan MARA ada taja student belajar di Taylors College. Saya dah arahkan Ketua Pengarah MARA hentikan serta merta penajaan student MARA ke Taylors," kata kenyataan itu.


Pihak Universiti Taylor's terdahulu menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel & Tours kerana menggunakan bas yang memaparkan logo mereka untuk membawa penyokong ke himpunan berkenaan.


Pihak penyokong Ismail juga mendesak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia membatalkan lesen operasi Universiti Taylors sebagai tindakan balas terhadap penamatan kontrak pengusaha bas berkenaan.


Bagaimanapun, rata-rata netizen menganggap tindakan Ismail Sabri dan penyokongnya itu hanya memalukan diri menyebabkan institusi pendidikan dipolitikan demi kepentingan tembolok dan nafsu perkauman mereka.


"Taylor nak menjaga imej korporat mereka. Taylor bukan badan politik yang berpihak kepada siapa-siapa. Sebab itulah polisi Taylor sangat tegas. Ismail Sabri buat keputusan yang tidak betul. Mungkin Ismail Sabri sekarang adalah menteri kepada UMNO, bukannya untuk rakyat Malaysia," kata Aireen Armani.


"Bas itu digunakan tanpa kebenaran pihak universiti. Kalau tak ada logo, tak apa. Sekarang, orang ingat universiti Taylors yang taja. Ini bukan politik, ini isu intergriti pihak Wawasan Sutera itu," jelas Andi Zulkarnain.


"Universiti Taylors adalah universiti swasta. Mereka perlu dilihat tidak berpiahk kepada mana-mana pihak untuk kepentingan mereka dan juga pihak penaja. Reputasi ini perlu dijaga. Pihak pengusaha bas telah melanggar terma dan syarat kontrak. Jika tidak, pihak pengusaha bas boleh mengemukakan saman terhadap pihak Taylors," kata Iziz.


Malangnya, pihak penyokong fanatik enggan menerima penjelasan mereka dan terus melemparkan maki hamun sehingga dilabelkan sebagai penyokong parti pembangkang.


Sehingga ke saat ini, Ismail Sabri belum mengesahkan kenyataan itu dibuat oleh dirinya. Begitu juga dengan pihak MARA yang belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Komentar untuk "KONFLIK MEMUNCAK !! , Ismail Sabri Arahkan MARA Hentikan Penajaan Pelajar Ke Universiti Taylor's !! Taylors Universiti takda "CABEL BESAR" ka nak lawan menteri ni???"

Back To Top