Powered by Blogger.

MALANG. Itu la yang di alami oleh wanita Arab ini. Akibat dot dot dot beliau di cerai suami ! ! . Hai la nasib.



SEORANG wanita Arab menerima nasib malang apabila diceraikan oleh suaminya serta-merta hanya kerana menari di depan televisyen di dalam rumah mereka sendiri.

Hal ini kerana, lelaki itu mendakwa kononnya perbuatan isterinya yang menari itu merupakan satu pengkhianatan dan langsung tidak boleh dimaafkan.

Menurut laporan akhbar tempatan Sada, lelaki itu telah memberi amaran supaya tidak menonton saluran hiburan, termasuk muzik di televisyen.



Bagaimanapun, wanita tersebut ingkar dan tetap menonton rancangan tersebut ketika ketiadaan suaminya yang keluar pergi kerja.

Wanita ini mendakwa suaminya hanya membenarkan dirinya menonton rancangan agama dan sosial sahaja.

“Sebaik suaminya keluar rumah, dia buka saluran kegemaran dan mula menari. Ketika asyik menari, suaminya pulang. Dia tidak dengar suaminya masuk rumah kerana muzik itu sungguh kuat.

“Wanita itu berkata, apabila suaminya melihat dia menari, lelaki itu serta-merta menceraikannya walaupun dia merayu dan meminta maaf.

“Si suami beritahu isterinya, apa yang dilakukannya adalah pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana dia tidak taat kepada arahannya,” lapor akhbar itu tanpa menyebut lokasi kejadian.
0 Komentar untuk "MALANG. Itu la yang di alami oleh wanita Arab ini. Akibat dot dot dot beliau di cerai suami ! ! . Hai la nasib."

Back To Top