Powered by Blogger.

Cerita sebenar warga asing di "TEMPELENG" mandur. Lain dilihat lain pula ceritanya. Apa yang penting? KERJASAMA.




~!%$@KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki warga asing dimarahi dan ditampar oleh seorang Safey Officer viral di laman sosial dan mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.


Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan seorang Safety Office memarahi seorang pekerja warga asing yang dilaporkan tidak mengikut arahan keselamatan di tempat kerja. Lelaki berkenaan dilihat memukul kepala dan menampar muka pekerja asing itu dengan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi.






Netizen mengkritik tindakan lelaki itu keterlaluan sehingga hilang sifat kemanusiaan dalam dirinya.

"Salah memang salah, tapi tak perlulah sampai pukul dia. Marah-marah juga, tetapi silap haribulan penyelia dia boleh didakwa. Cuba kalau orang yang dipukul itu orang Malaysia, tak ke kena simen kau dalam tong dram nanti," kata Amirol.

Bagaimanapun, tampil beberapa individu menjelaskan bahawa adegan itu hanyalah lakonan semata-mata dari pihak Safety Department untuk pekerja baru.

 




"Ini hanyalah lakonan daripada Safety Department atas tujuan cara induction bagi pekerja baru. Yang tidak tahu cerita tolong jangan buat andaian bukan-bukan," kata Azhari Aris.


"Tolong padamkan video ini untuk mengelakkan fitnah dan aib berleluasa. Kami semua bekerja bersungguh-sungguh di projek ini untuk kemudahan orang ramai," kata Azrin Mesni yang dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan.


Bukan itu saja, beberapa individu yang pernah atau yang berkerja di bidang yang sama turut tampil mempertahankan tindakan Safety Office terbabit dari kritikan netizen yang tidak tahu risiko kerja di tempat-tempat pembinaan.

 



0 Komentar untuk "Cerita sebenar warga asing di "TEMPELENG" mandur. Lain dilihat lain pula ceritanya. Apa yang penting? KERJASAMA. "

Back To Top