Powered by Blogger.

ANAK DIJADIKAN ALASAN UNTUK TDAK BERIBADAT?

~@!#*&Dulu masa mula mula hamil, ada seorang rakan yang lebih senior berkongsi pengalaman beliau. Katanya dah ada anak anak kecil payah sangat nak 'sempurna' Ibadah. Bila nak Solat je, anak menangis nak susu, abang kacau adik, anak nak buang air, etc etc..Sudahnya Solat jadi tak khusyuk atau terlewat. Baca Al-Qur'an pun tak sempat.


Bila sudah beranak dua dengan komitmen kerja disiang hari+ anak masih fully-breastfeed badan jadi mudah letih, bila nak Solat anak merengek nak menyusu..barulah saya akui kebenaran kata kata kawan saya itu.


Gambar hiasan


In this point, yang saya nak hightlight Suami Isteri kena jaga ibadah pasangan masing masing. Inilah cara yang diusahakan supaya kualiti Solat Isteri terjaga.


1. Waktu Maghrib adalah sangat pendek. Suami usai solat di Surau/Masjid harus pulang segera kerumah untuk jaga anak anak supaya Isteri berpeluang Solat dengan tenang.

2. Waktu Isyak waktunya panjang, sebaiknya Solat terus di awal waktu. Adakala dalam menguruskan keperluan anak-anak kecil terutama Ibu yang fully breastfeed kadangkala mudah terlelap awal. Suami pastikan Isteri Solat dahulu sebelum tidur. Beri ruang waktu yang lama supaya Isteri boleh Solat diikuti dengan membaca Al-Qur'an sebagai contoh.

3. Sentiasa jadikan urusan Solat hal yang penting dalam keluarga sebagaimana urusan Dunia yang lain. Sentiasa saling ingat mengingati. "Sayang dah Solat?" Tak semestinya kena face-to-face kalau berjauhan pun alangkah bestnya Suami hantar whatsapp tanya perihal Solat isteri selain tanya khabar.

'Ala kulli hal, situasi setiap keluarga tak sama, sekadar nak menyatakan betapa urusan Solat haruslah saling ingat mengingati setiap pasangan dan ahli keluarga. Dengan Solat yang khusyuk lagi sempurna mendatangkan Mawaddah ,sakeenah dan Rahmah dalam kehidupan.

Teringat dulu sebelum kahwin, sejak berpisah dari Ummi dan Ayah, semasa saya masuk Matriks dan Universiti. Setiap kali ayah telefon saya, soalan yang wajib ayah tanya selepas tanya khabar ialah "Kakak dah Solat?".

May Allah bless you Ayah smile emoticon

Allah pun ada berfirman dalam Al-Qur'an: "Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".

Moga Allah mudahkan urusan Solat kita semua para Ibu - Nazihah
0 Komentar untuk "ANAK DIJADIKAN ALASAN UNTUK TDAK BERIBADAT?"

Back To Top