Powered by Blogger.

Wau.. nenek ni memang saya "RESPEK"!!! Beliau di kenali sebagai "PAKAR" segala jala jaring dan bubu. Kat mana ye? Betul ke hebat?? Kalau tak percaya korang leh cek sendiri. Memang "TERBAIK" ! !


~#!%Bagan Serai: Kemas, berkualiti dan murah. Itulah buah mulut masyarakat setempat terutama nelayan mengenai hasil kerja seorang wanita yang mahir menghasilkan pelbagai jenis peralatan menangkap ikan seperti jala, jaring dan bubu.





Lebih membanggakan apabila hasil kerja tangan nenek kepada dua cucu ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada nelayan dalam dan luar Perak, termasuk Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Dikenali sebagai pakar membuat jala, Faridah Osman, 54, mengusahakan kedai peralatan menangkap ikan seperti jala, jaring serta bubu sejak lebih 25 tahun lalu.

Sentuhannya sememangnya dikenali ramai berikutan hasil kerjanya yang kemas, berkualiti dan murah.

Menurut Faridah, selain menghasilkan pelbagai peralatan menangkap ikan, dia yang mengusahakan perniagaan terbabit bersama ahli keluarganya juga menawarkan perkhidmatan membaiki jala dan jaring yang koyak dengan harga serendah dan bergantung pada saiz kerosakannya.
0 Komentar untuk "Wau.. nenek ni memang saya "RESPEK"!!! Beliau di kenali sebagai "PAKAR" segala jala jaring dan bubu. Kat mana ye? Betul ke hebat?? Kalau tak percaya korang leh cek sendiri. Memang "TERBAIK" ! !"

Back To Top