Powered by Blogger.

Bila si "kaya" beraksi. Main baling - baling duit ja kat muka orang. Gimik atau real? korang pasti teruja bila dapt tahu tindakkan tuan kedai emas ni.



#~!CHINA - Tindakan seorang wanita melemparkan sejumlah besar wang kertas pada seorang kakitangan kedai emas dirakam dan menjadi viral di laman sosial negara itu.


Insiden itu berlaku pada 25 September lalu di sebuah kedai barangan kemas di Handan, China, telah mencetuskan kemarahan netizen. Ada juga yang mempersoalkan sama insiden itu hanya sekadar lakonan oleh pihak kedai berkenaan.





Difahamkan, wanita itu sedang memilih barangan kemas yang diinginkannya. Jelas kedengaran dalam video wanita itu berkata, "Kau ingat aku tak mampu? Kedai apa ni?? Aku boleh beli seluruh kedai di kawasan ini! Kau tahu tak siapa ayah aku?" katanya sambil mengeluarkan sejumlah besar wang dan melemparkannya pada kakitangan kedai tersebut sambil menjerit-jerit.

Lapor People Daily, wanita itu berbuat demikian kerana tidak ingin diperlihatkan sebagai orang miskin.

Bagaimanapun, kakitangan terbabit tetap tenang dan tidak marah mahupun membalas kata-kata wanita itu biarpun ramai yang menyaksikan kejadian itu.
0 Komentar untuk "Bila si "kaya" beraksi. Main baling - baling duit ja kat muka orang. Gimik atau real? korang pasti teruja bila dapt tahu tindakkan tuan kedai emas ni. "

Back To Top