Powered by Blogger.

CUAI. SANGAT CUAI. TAKDIR MENJEMPUT DIA DENGAN CARA YANG MENYEDIHKAN ! !

~!$%^*YORKSHIRE - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun lemas di kolam di laman rumah, sementara ibunya sibuk memuat naik gambar di laman Facebook.
Claire Barnett yang sedang sibuk melayari internet dan chatting di Facebook itu sepatutnya mengawasi anaknya, Joshua, yang bermain berhampiran kolam di laman rumah mereka, Beverley, Yorkshire.

@#%$Menurut Claire, dia berlari keluar selepas 10 saat anaknya itu jatuh ke dalam kolam. Namun mahkamah berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa lama mangsa sudah berada di dalam kolam itu. Joshua kemudiannya disahkan mati di hospital.






Lokasi kolam tempat kejadian

Mahkamah Hull Crown dimaklumkan, Claire yang mempunyai empat orang anak dari tiga bapa yang berlainan itu telah dinasihatkan oleh saudara maranya agar memagar kawasan kolam tersebut selepas berpindah ke rumah sewa berkenaan. Namun nasihat itu tidak diendahkan oleh Claire.

Claire juga selalu membiarkan anak-anaknya bermain di luar dan di jalan tanpa sebarang pengawasan. Dua orang anaknya juga pernah hampir dilanggar oleh kereta.

Dalam kes terbaru, Joshua dibiarkan bermain berdekatan kolam rumah dan terjatuh ke dalam kolam yang panjang 13 meter dengan kedalaman 50 sentimeter.

Claire kemudian membuat panggilan 999 pada jam 9.27 pagi melaporkan anaknya terjatuh ke dalam kolam.



Kolam tersebut telah ditutup selepas kejadian

Wanita itu cuba memberikan bantuan kecemasan pada anaknya tetapi mangsa masih tidak sedarkan diri ketika tiba di hospital dan disahkan mati pada jam 11 pagi.

Mahkamah memutuskan Claire Barnett cuai dan bersalah kerana membiarkan anaknya bermain di luar tanpa sebarang pengawasan. Claire dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh Jakim Jeremy Richardson.
0 Komentar untuk "CUAI. SANGAT CUAI. TAKDIR MENJEMPUT DIA DENGAN CARA YANG MENYEDIHKAN ! !"

Back To Top