Powered by Blogger.

Gempar ! Teknik terbaru penculik menggunakan "VAN SEKOLAH" !! Ikuti pendedahan ekslusif dari seorang mangsa. Situasi bertegang urat dan akhirnya...




!@~Pagi ini saya dikejutkan dengan satu insiden yang menakutkan, terjadi pada jiran sebelah rumah. Bukan rekaan atau copy paste, ini benar-benar terjadi di depan mata saya sendiri.$


Subuh tadi, lazimnya bila selepas mengejutkan anak bangun dari tidur untuk bersiap ke sekolah, saya akan turun ke bawah untuk menyiapkan saran dan bekalan makanan sementara menunggu mereka mandi.


Kebiasaannya saya akanmembuka pintu rumah bagi menikmati suasana subuh yang dingin dan tenang. Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi-pagi sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya.


Bila saya tengok jam, 6.20 pagi.


"Awalnya van sekolah dia datang pagi ini. Selalunya 6.40 pagi," kata saya dalam hati.


Tetapi saya teruskan kerja di dapur. Tidak beberapa lama kemudian terdengar suara bising di luar menyebabkan saya pergi ke depan rumah untuk memerhatikan apa yang terjadi.


Pemandu van sekolah sedang bertekak dengan jiran saya. Saya tidak faham sepatah kerana mereka bercakap dalam bahasa mandarin. Apabila jiran saya seorang lagi keluar, pemandu van itu segera beredar.


"Ah pek, kenapa bising-bising tu?" saya bertanya pada dia.


"Pemandu van itu datang nak ambil cucu saya, tetapi awal 20 minit. Bila saya tanya kenapa awal sangat, dia jawab tak tahu sebab dia hanya mengikut arahan bos. Tapi saya tengok van sekolah masih kosong, selalunya van sudah penuh sebab cucu saya adalah pelajar yang terakhir untuk dibawa masuk ke dalam van," katanya.


Jelasnya lagi, pemandu van itu kelihatan gelisah menyebabkan dia tidak sedap hati lalu menyuruh lelaki itu mengambil pelajar yang lain dulu, lagi pun cucunya belum bersiap.


"Dia tak mahu sebab tak nak patah balik. Saya kata tak apalah, saya akan hantar cucu saya sendiri ke sekolah. Dia pula kata saya menyusahkan dia. Nak buat macam mana kalau cucu saya masih belum bersiap?," katanya yang menyebabkan pemandu van itu berang dan memarahinya sebelum beredar pergi setelah jiran yang seorang lagi keluar melihat apa yang berlaku.


Saya hanya mengangguk saja. Jam 6.40 pagi, van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk menunggu anak saya bersarapan, menjenguk ke luar. Saya nampak cucu jiran naik van tersebut dan dengar Ah Pek itu sedang bercakap dengan pemandu van.


Saya hanya memerhati dari dalam sebelum bergerak menghantar anak ke sekolah.


Sebaik saja pulang, Ah Pek datang ke rumah saya.


"Aiya! You tahu ka, tadi saya tanya pemandu van yang selalu ambil cucu saya sama ada dia ada hantar orang untuk ambil cucu saya, dia kata tak ada. Kalau ada pun dia akan maklumkan lebih awal.


"Dia kata berkemungkinan orang itu menggunakan van sekolah untuk menculik cucu saya dan pelajar-pelajar yang lain!" katanya membuatkan saya terus terbeliakkan mata.


Ah Pek tidak habis-habis mengelengkan kepala sambil menadahkan tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit. Ya Allah, nasib Allah berikan orang tua ini akal, kalau tidak..


Pada mereka yang menghantar anak-anak menaiki van sekolah, pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak-kanak. Ya Allah, peliharalah anak-anak ini. - Nur Shuhada$%~
0 Komentar untuk "Gempar ! Teknik terbaru penculik menggunakan "VAN SEKOLAH" !! Ikuti pendedahan ekslusif dari seorang mangsa. Situasi bertegang urat dan akhirnya..."

Back To Top