Powered by Blogger.

Siapa kata kereta mahal "KEBAL" . Tak keras mana pun. Korang tak percaya meh tengok sini. Berpantang ajal sebelum maut. Kejadian semalam di Georgetown. Porshee 911 VS pembahagi jalan. :P



~#!@!Georgetown: Porshe 911 dipandu seorang lelaki terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 8.0 Jambatan Pulau Pinang, hari ini.




Kejadian berlaku pada 2.45 petang dan pemandu kereta mewah itu dikatakan dalam perjalanan dari tanah besar menuju ke pulau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kemalangan berlaku apabila Porshe 911 itu bergesel dengan Proton Wira dipandu seorang wanita.

"Kedua-dua kenderaan itu datang daripada arah sama dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

"Kita difahamkan kedua-duanya tidak cedera," katanya ketika dihubungi, di sini.
0 Komentar untuk "Siapa kata kereta mahal "KEBAL" . Tak keras mana pun. Korang tak percaya meh tengok sini. Berpantang ajal sebelum maut. Kejadian semalam di Georgetown. Porshee 911 VS pembahagi jalan. :P"

Back To Top