Powered by Blogger.

COPY MENU ORANG. BILA TEGUR DI UGUT NYA MAHU CULIK ANAK KITA. MELAMPAU !!!



@$*~^AMPANG JAYA - Hanya kerana menegur seorang wanita yang berkongsikan resepi Potato Cheese di Facebook, seorang surirumah berdepan dengan ugutan yang anaknya akan diculik.


"Tak sangka kerana teguran saya yang simple itu boleh membuatkan orang berdendam. Saya menegur dia kerana memuat naik resepi milik rakan saya di group Facebook Makan Apa Hari Ini (MAHN) tanpa memberikan sebarang kredit kepada beliau.


"Namun, pagi ini (8 Oktober) saya menerima mesej berunsur ugutan di Facebook dari seorang lelaki yang dipercayai suami kepada wanita berkenaan," kata Cik Puan Nurul yang juga menyatakan telah membuat laporan polis berikutan bimbang dengan keselamatan anaknya.





Bagaimanapun, wanita berkenaan tampil menjelaskan keadaan sebenar.


"Memang saya ada post resepi Potato Cheese. Like untuk post itu mencecah 400 lebih. Wanita ini memaklumkan bahawa saya mencuri resepi dia. Eh salah ke? Ke nak masak mengikut cara dia? Kalau tentang makanan pun menjadi isu, memang susahlah hidup kan?. Benda makan saja pun.


"Saya memaklumkan pada tuan empunya resepi yang saya akan padam resepi dan gambar itu. Gambar itu benda makan, kongsi bersama tak salah rasanya. Benda dibincang dengan baik. Tetapi ada seorang rakan dia pula berkata saya tidak tahu malu mengambil resepi rakannya dan tumpang glamour. Saya betul-betul tidak faham mengapa dia berbuat demikian serta mengapa tidak membuat screenshot yang dia mengata saya pada masa itu," jelasnya.




0 Komentar untuk "COPY MENU ORANG. BILA TEGUR DI UGUT NYA MAHU CULIK ANAK KITA. MELAMPAU !!!"

Back To Top