Powered by Blogger.

Nilai ringgit jatuh baik untuk orang luar bandar ? Orang luar bandar makan bende lain ke ngan orang bandar ? . Kenyataan mengarut dari Pengerusi PAC D4tuk H4san Ariffin







@$~PUTRAJAYA - Pengerusi Kira-Kira Wang Neg4ra (PAC) D4tuk H4san Ariffin memaklumkan pada Dewan Rakyat bahawa kejatuhan teruk nilai ringgit adalah baik untuk masyarakat luar bandar.


Menurut Ahli Parlimen Rompin itu, keadaan ringgit yang lemah menyebabkan harga komoditi meningkat, katanya ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkaitan Belanjawan 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lalu.


Pasaran komoditi pada masa ini tidak menentu dengan harganya jatuh sepanjang tahun sebelum dipilih semula pada Oktober.


Harga Minyak Sawit Mentah (CPO) ditutup tinggi minggu lepas sementara pasaran getah pula bercampur-campur, lapor MalaysiaKini.


CPO bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pergerakan ringgit, menurut peniaga.


Jelas Datuk Hasan, Kerajaan tidak patut menyuntik wang untuk menstabilkan nilai ringgit.


Sementara itu di media sosial, netizen menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Rompin itu kurang cerdik seolah-olah mengambarkan penduduk luar bandar redha dengan kejatuhan nilai ringgit.


"Baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi PAC, bercakap tak masuk akal. Cuba suruh Hasan letak jawatan dan pergi tinggal di kampung jadi penoreh getah dan rasa sendiri kesusahan penduduk luar bandar," Kata Jebat.%^
0 Komentar untuk "Nilai ringgit jatuh baik untuk orang luar bandar ? Orang luar bandar makan bende lain ke ngan orang bandar ? . Kenyataan mengarut dari Pengerusi PAC D4tuk H4san Ariffin"

Back To Top