Powered by Blogger.

Susah sangat ke berpakaian sopan? Terbaru kes Pensyarah UM bertekak mulut dan bertegang leher dengan polis bantuan gara - gara pakai skirt pergi Mahkamah. Teruk sangat ka pakaian dia? dengar cerita susah benar nak pujuk pensyarah tu. Betul ke?




!@^*PUTRAJAYA - Seorang wanita mencetuskan kekecohan setelah dihalang dari memasuki Istana Kehakiman Putrajaya kerana berpakaian tidak sopan.


Lapor The Rakyat Post, dia yang juga pensyarah di Universiti Malaya cuba memasuki dewan mahkamah dengan skirt pendek yang menampakkan bahagian lututnya walaupun kod etika pemakaian pelawat telah diletakkan di pintu masuk bangunan.





Berang dengan tindakan polis bantuan itu, berlaku sedikit pertelagahan di antara mereka dalam kejadian yang berlaku pada pagi tadi.


Wanita itu juga turut mempertikaikan kod pemakaian di semua bangunan kerajaan yang didakwanya tidak seragam.




Enggan memanjangkan hal itu, akhirnya wanita terbabit mengalah dan melilit sehelai selendang bagi menutup bahagian lututnya sebelum dibenarkan masuk ke Istana Kehakiman.


Difahamkan, wanita itu hadir ke Istana Kehakiman Putrajaya untuk memberi sokongan kepada rakannya, Prof Madya Dr Azmi Sharom yang mencabar kesahihan Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Persekutuan.

0 Komentar untuk "Susah sangat ke berpakaian sopan? Terbaru kes Pensyarah UM bertekak mulut dan bertegang leher dengan polis bantuan gara - gara pakai skirt pergi Mahkamah. Teruk sangat ka pakaian dia? dengar cerita susah benar nak pujuk pensyarah tu. Betul ke? "

Back To Top