Powered by Blogger.

NCCC MAHU VAPES DI HARAMKAN KERAJAAN !! WHY ???




~$!%^*KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menggesa kerajaan segera agar mengharamkan penggunaan e-rokok di negara ini sebelum ia terlambat dan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan rakyat.


Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, banyak negara pun telah mengharamkan penjualan e-rokok termasuk Brunei, Thailand, Kemboja, Singapura dan Argentina untuk mengelakkan risikonya kepada rakyat masing-masing.


“Negara lain Bahrain, Brazil, Colombia, Greece, Jordan, Kuwait, Lubnan, Lithuania, Mauritius, Mexico, Nepal, Nicaragua, Panama, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Suriname, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Uruguay.


“Oman dalam proses untuk mengharamkan e-rokok. Jepun dan Australia telah mengharamkan e-rokok dengan nikotin. Keputusan bagi kerajaan Malaysia adalah jelas e-rokok perlu diharamkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.


Muhammad Sha’ani berkata, terdapat banyak kajian dan pandangan pakar mengenai bahaya e-rokok seperti wap e-rokok boleh mengandungi penyebab kanser formaldehid pada tahap sehingga 15 kali lebih tinggi daripada rokok biasa.






Katanya, laporan turut menyebut wap e-rokok dilaporkan menghasilkan kesan pada paru-paru termasuk keradangan dan kerosakan protein, mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran dan bahaya kepada fungsi reproduktif lain.


“Bahan kimia ini mengalir melalui sistem peredaran darah ke otak dan semua organ-organ. Aerosol ini juga mengandungi kepekatan tinggi zarah halus yang dihidu dan terperangkap di dalam paru-paru,” katanya.


Katanya, e-rokok juga merbahaya kerana industri farmaseutikal yang biasanya menggalakkan pelbagai peranti berhenti merokok tidak menghasilkan e-rokok sebagai peranti pemberhentian merokok.


“Sebaliknya, syarikat-syarikat tembakau transnasional telah membeli perniagaan e-rokok dan mempromosi dan memasarkannya sebagai kurang berbahaya.


“Pemasaran kononnya e-rokok sebagai tidak berisiko membuktikan usaha pengeluar terdiri dari 80 peratus pemilikan oleh syarikat rokok bukan sebagai satu cara untuk mengurangkan dan memberhentikan tabiat merokok,” katanya




FAKTA ROKOK ELETRONIK


0 Komentar untuk "NCCC MAHU VAPES DI HARAMKAN KERAJAAN !! WHY ???"

Back To Top