Powered by Blogger.

TERBAIK ! Siapa sangka rumah hebat ini adalah hasil dari 4 biji "KONTENA BURUK" !!! Harganya 100x ganda dari nilai asal KONTENA.









#@~!^%Rumah mewah ini terletak di Sainte-Adele, Quebec, Kanada. Pemiliknya, Claudie Dubreuil merupakan seorang kontraktor am dan pemilik Les Collections Dubreduil. Dia mahukan sebuah rumah yang luar biasa rekabentuknya dan dalam masa yang sama kelihatan menarik. Dengan bajet terhad, dia memilih kontena kapal sebagai bahan asas rumahnya.


4 buah kontena dengan setiap satunya 40 kaki panjang dan 8 kaki lebar telah menghasilkan rumah bersaiz 1,920 kaki persegi dengan 3 buah bilik dan 2 1/2 bilik air. Kos keseluruhan rumah ini berjumlah US$330,000 hingga US$377,000. Ia meliputi kos tanah, tenaga buruh, bahan dan penggalian.


Walaupun sudah ada bajet, agak sukar bagi mencari syarikat arkitek dan jurutera yang sanggup membinanya kerana proses pembinaan begitu sukar. 4 firma telah menolak tawarannya dan akhirnya firma NCK dan TLA Architectes bersetuju dan memulakan pembinaan yang memakan masa selama 2 tahun.


Bahagian Luaran Rumah


Kayu-kayu dipasang di luar badan kontena kerana Dubreuil tidak mahu mengecat rumahnya setiap tahun. Dengan cara ini, rumahnya kelihatan asli dengan persekitaran alam sekeliling.


















Setiap kontena yang dibeli berharga antara US$2,600 hingga US$3,000 sebuah. Ia adalah kontena terpakai yang ditemui di pelabuhan berdekatan Montreal. Ia mengambil masa dua minggu untuk memotong bahagian kontena yang perlu dilompongkan. Kemudian, besi sokongan dipasang dan dipateri. Masa pemasangan set-set kontena itu hanya memakan satu hari sahaja. Selepas itu, kos dan masa membuatkan kontena terpakai itu menjadi 100 kali ganda mahal dari harga asalnya.

0 Komentar untuk "TERBAIK ! Siapa sangka rumah hebat ini adalah hasil dari 4 biji "KONTENA BURUK" !!! Harganya 100x ganda dari nilai asal KONTENA."

Back To Top