Powered by Blogger.

ROH GADIS MERAUNG DALAM MIMPI IBU !!

~@%=*&Gambar Dedah Aurat Di Facebook Buatkan Roh Wanita Tidak Tenang? | Dunia hari ini memang tanpa sempadan. Kita mudah terdedah kepada perkara yang tidak elok dan menyusahkan kita dikemudian hari. Antaranya adalah pengaruh internet dengan penangan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya lagi. Jom kita sama-sama baca kisah ini, ianya mengenai seorang hamba Allah.




Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Di dalam akaun facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat. Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya memadam gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang mengetahui “password” facebooknya. Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.




Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!

Cerita ini boleh menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua, supaya jangan meletakkan gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna atau sebagainya di facebook. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, padamlah gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam akaun facebook anda. Akhir kalam, moga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi…ameen…Al-Fatihah – Sumber myBerita

Benar atau tidak kisah diatas, itu bukan persoalannya hari ini. Apa yang dimaksudkan dalam kisah ini adalah mengenai soal hukum dan perkara-perkara sama waktu dengannya. Diharap ianya boleh dijadikan peringatan kita bersama. Admin sendiri juga akui, dunia blog juga penuh pancaroba. Semoga kita sama-sama berusaha mengelakkan dari menyebarkan perkara yang berunsurkan khianat, fitnah dan sebagainya.
0 Komentar untuk "ROH GADIS MERAUNG DALAM MIMPI IBU !!"

Back To Top