Powered by Blogger.

Apakah punca seorang ibu terpaksa melutut dan menangis di depan seorang anak gadisnya? Kenapa gadis itu memaki hamun ibunya? Dunia akhir zaman. Macam - macam boleh berlaku. ALLAHUAKHBAR. Syurga di bawah kaki ibu.



~!~@%$^PATTAYA - Gambar seorang ibu melutut di depan anak gadisnya tersebar di laman sosial dan mencetuskan kemarahan netizen. Mana tidaknya, apakah wajar seorang ibu yang melahirkannya berbuat demikian semata-mata untuk tunduk padanya?


Wanita ini merupa seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Namun, demi meredakan kemarahan anaknya, dia sanggup berbuat apa saja.




Difahamkan gadis berusia 15 tahun itu meminta ibunya membelikan iPhone. Namun, wanita itu tidak mempunyai wang dan tidak dapat menunaikan permintaan anaknya itu.


Gambar tersebut dirakam oleh pekerja Oppo dan dikatakan insiden itu berlaku di Harbor Mall, Pattaya, Thailand.


Gadis itu terus memarahi dan menengking ibunya tanpa sebarang rasa bersalah dan malu memperlakukan ibunya seperti itu di sebuah pusat beli belah sambil diperhatikan oleh orang ramai.


Disebabkan tindakan biadab anaknya itu, wanita berkenaan menangis dan sanggup melutut meminta maaf pada anaknya agar berhenti memarahinya. Malangnya, rayuan si ibu tidak dipedulikan oleh gadis berkenaan.




Dia sebaliknya terus menengking dan memarahi ibunya hanya kerana sebuah iPhone.
0 Komentar untuk "Apakah punca seorang ibu terpaksa melutut dan menangis di depan seorang anak gadisnya? Kenapa gadis itu memaki hamun ibunya? Dunia akhir zaman. Macam - macam boleh berlaku. ALLAHUAKHBAR. Syurga di bawah kaki ibu."

Back To Top