Powered by Blogger.

Jerebu sudah hampir sebulan. Kini Indonesia pertimbang dalam 3 minggu lagi jika tak dapat padamkan kebakaran sepenuhnya baru mereka akan minta bantuan ASEAN. Lama lagi la nampaknya jerebu ni. Hai la JEREBU



$%@^*KUALA LUMPUR - Indonesia dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menerima bantuan dari negara jiran bagi menangani masalah jerebu jika masalah itu akan berlanjutan sehingga tiga minggu lagi.


Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno berkata, setakat ini Indonesia masih mampu menyelesaikan masalah itu sendiri. Sekiranya bantuan dari negara jiran diperlukan, ia akan diselaraskan melalui sekretariat ASEAN.




"Indonesia mahu berusaha sendiri terlebih dahulu. Pastinya kalau kita tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai, saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan dari negara jiran melalui ASEAN," katanya.


Sebelum ini Singapura pernah menawarkan bantuan untuk membantu Indonesia menangani masalah jerebu tetapi ditolak.


Menurut Herman, kedutaan Indonesia akan melaporkan bacaan Indeks Penceraman Udara (IPU) Malaysia kepada kerajaan Indonesia dan mengakui bahawa pemimpin Indonesia melahirkan rasa prihatin mereka atas keadaan jerebu di sini.


"Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan masalah jerebu. Antaranya membina terus pengaliran air parit dan longkang di Kalimantan Tengah.


"30 syarikat perladangan yang disyaki terbabit dalam pembakaran hutan di Kalimantan sedang disiasat dan akan mengantungkan lesen mereka jika disabitkan bersalah," katanya yang enggan mendedahkan nama syarikat tempatan atau luar negara.
0 Komentar untuk "Jerebu sudah hampir sebulan. Kini Indonesia pertimbang dalam 3 minggu lagi jika tak dapat padamkan kebakaran sepenuhnya baru mereka akan minta bantuan ASEAN. Lama lagi la nampaknya jerebu ni. Hai la JEREBU "

Back To Top